GoNote – Komputer Riba Android ICS

GoNote – Komputer Riba Android ICS

Diterbitkan pada Ogos 23, 2012 oleh .

Google ada menghasilkan komputer riba Chromebook yang diperkasakan oleh Chrome OS. Kami di Amanz Network pernah beberapa kali bermain dengan komputer riba yang jarang sekali kita lihat di Malaysia.

Kami suka dengan Chromebook kerana ianya sebuah komputer riba yang mudah digunakan. Namun begitu kami merasakan jika ia mempunyai skrin sesentuh ianya pasti lebih menarik. Ergo Electronics, sebuah syarikat berpengkalan di UK hari ini menghasilkan komputer riba Anroid dengan sokongan skrin sesentuh. Mereka menghasilkan GoNote, sebuah komputer riba yang menggunakan sistem operasi Android Ice Cream Sandwich. Ia juga mempunyai skrin sesentuh sebesar 10 inci serta papan kekunci QWERTY fizikal. GoNote mennggunakan pemproses 1.2 GHZ satu teras, RAM sebesar 1 GB serta muatan dalaman 8 Gigabyte. Bateri sebesar 9000 mAH membenarkan hayat operasi sehingga 6 jam dengan skali caj. GoNote mensasarkan penjualan komputer riba mereka kepada golongan pelajar dan dengan harga semurah GBP 150 (RM 745) sebuah ianya pasti bakal menjadi pilihan ibu dan bapa yang cuba menjinak-jinakkan anak mereka dengan penggunaan komputer sebenar. GoNote didatangi dalam dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.


TIPS & ULASAN