Carian
Logo Korporat Microsoft Diberi Nafas Baru
August 23, 2012 Omar

Setelah 25 tahun, gergasi perisian Microsoft hari ini memperkenalkan logo baru untuk penjenamaan dan korporat syarikat tersebut. Logo baru tersebut mengetengahkan konsep Metro dan lebih membawakan rekabentuk yang konsisten terhadap kesemua produk yang dibangunkan oleh syarikat tersebut.

Berbeza dengan logo terdahulu, logo baru ini mempunyai gabungan teks dari muka tiap Segoe dan simbol. Menurut Microsoft, simbol gabungan segi empat yang menggunakan kombinasi empat warna itu menggambarkan produk utama yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Logo baru tersebut akan digunakan mulai hari ini kepada semua produk Microsoft dan aplikasi atas talian yang ditawarkan oleh mereka. Hasil lawatan kami di laman rasmi Microsoft.com turut mendapati logo tersebut telah aktif dan digunapakai di halaman tersebut.

Jadi, apa pendapat anda tentang logo baru ini?

Komen