Lebih 300 Juta Gambar Dimuat-Naik Ke Facebook Setiap Hari

Lebih 300 Juta Gambar Dimuat-Naik Ke Facebook Setiap Hari

Diterbitkan pada Ogos 23, 2012 oleh .

FacebookDengan angka pengguna Facebook yang kini menghampiri satu billion pengguna, data terbaru Facebook memperlihatkan yang mana para penggunannya memuat-naik sehingga lebih 300 juta gambar baru ke laman tersebut pada setiap hari.

Jikalau mengikut angka ini, ia merupakan angka yang besar, meletakkan Facebook dihadapan berbanding pelbagai laman perkongsian gambar yang lain di web. Selain daripada itu, ia juga turut sama memperlihatkan yang mana sebanyak lebih daripada 9 billion gambar dikongsikan melalui laman itu sahaja pada setiap sebulan.

Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai pengguna, dengan kini ramai yang berkongsi terus daripada aplikasi mudah-alih mereka ke Facebook, disamping beberapa aplikasi mudah-alih yang berkongsi gambar tersebut terus ke Facebook.

Disamping itu ia juga dilaporkan lebih daripada data bernilai 500 terabyte yang melalui laman tersebut setiap hari, salah satu angka yang besar buat masa ini.


TIPS & ULASAN