Cari @ Amanz

YouTube sering memudahkan para pemilik video memuat-naik video dan juga menambah efek-efek dalam menjadikan video mereka menarik untuk ditonton semua pengguna seluruh dunia. Terkini, mereka menambah sokongan baru, membolehkan para pengguna menambah permulaan dan pengakhiran pada playlist video mereka, sekaligus menjadikan ia kelihatan lebih profesional lagi.

Ia juga sekaligus memudahkan para pengguna menonton playlist yang disediakan anda serta mendapat gambaran menyeluruh mengenai playlist berkenaan. YouTube untuk fungsi ini menyediakan dua pilihan, dimana membolehkan anda menambah video daripada webcam, ataupun menambah ia dalam bentuk teks dan sebagainya.

Jadi, bagi anda yang gemar membuat playlist pada YouTube, mungkin boleh mencuba fungsi ini, dan jangan lupa berkongsi hasilnya bersama kami kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd