Permainan Counter-Strike : Global Offensive Sedia Dimuat-Turun Daripada Steam

Permainan Counter-Strike : Global Offensive Sedia Dimuat-Turun Daripada Steam

Diterbitkan pada Ogos 24, 2012 oleh .

Selepas dinantikan sekian lama dan melalui fasa pra-tempahan dan sebagainya, kini, para pengguna yang berminat dengan permainan Counter-Strike : Global Offensive sedia untuk mendapatkannya terus daripada Steam pada harga hanya serendah $14.99 dan dijalankan pada Windows dan Mac.

Permainan CS:Go membawakan beberapa perkara baru, termasuk peta permainan, watak dan juga senjata yang baru, selain pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri permainan klassik pada Counter-Strike.

Sebelum ini, permainan Counter-Strike merupakan antara permainan paling popular didunia, dan boleh dikatakan kebanyakkan pemain yang memainkan permainan dikomputer, pernah memainkannya. Selepas 12 tahun, kemaskini permainan ini semestinya antara yang dinantikan, dan bagi anda yang telah memainkannya, jangan lupa berkongsi maklumbalas anda berkaitan permainan ini bersama kami. Bagi yang belum, anda boleh mendapatkannya terus daripada Steam hari ini.


TIPS & ULASAN