Sokongan Autocomplete Pada Carian GMail Kini Menyokong Lebih Banyak Bahasa

Sokongan Autocomplete Pada Carian GMail Kini Menyokong Lebih Banyak Bahasa

Diterbitkan pada Ogos 24, 2012 oleh .

Pada bulan Mei yang lepas, Google telah memperkenalkan sokongan ramalan carian kandungan dalam emel anda melalui kotak carian yang disediakan. Namun, fungsi tersebut ketika itu hanya menyokong bahasa Inggeris sahaja. Hari ini, Google mengumumkan sokongan sama untuk lebih 47 bahasa yang lain.

Pihak Google juga mengatakan mereka akan memperluaskan sokongannya kepada lebih banyak bahasa lain, termasuk Cina, Korea, Jepun, Arab dan sebagainya dalam beberapa bulan lagi.

Bagi yang tidak mengetahui sokongan ini, ia memudahkan anda membuat carian emel anda di GMail, dimana ia menerbitkan dan memperlihatkan ramalan dan cadangan kata kunci berdasarkan kepada kandungan pada emel anda.

Jadi, bagi anda yang menggunakan perkhidmatan emel daripada Google ini, boleh mencuba fungsi ini hari ini, dan memudahkan lagi proses carian emel-emel lama anda.


TIPS & ULASAN