Cari @ Amanz

WhatsApp boleh dikatakan salah satu aplikasi permesejan yang popular, menawarkan perkhidmatan mereka kepada pengguna pelbagai platform pintar. Kini, pembangunnya turut sama berkongsi statistik terkini, memperlihatkan lebih daripada 10 billion mesej melalui perkhidmatan mereka setiap hari.

Bagi yang tidak mengenali akan WhatsApp, ia merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan perkhidmatan permesejan dalam bentuk teks, disamping membolehkan para pengguna menghantar gambar, lokasi dan sebagainya dengan mudah. Berbeza dengan SMS, ia menggunakan pelan data untuk membolehkan para pengguna menghantar dan menerima mesej melalui perkhidmatan mereka.

WhatsApp boleh dikatakan antara perkhidmatan permesejan yang popular pada hari ini, walaupun terdapat beberapa persaingan daripada nama-nama besar, seperti Samsung dengan ChatOn dan sebagainya.

Dengan angka 10 billion ini, mungkin kita akan terus melihat WhatsApp berkembang dari hari ke hari, sekaligus menambah bilangan pengguna mereka seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd