Facebook Menguji Variasi Iklan Yang Lebih Besar

Facebook Menguji Variasi Iklan Yang Lebih Besar

Diterbitkan pada Ogos 25, 2012 oleh .

Facebook sejak daripada IPO mereka sebelum ini, telah menambah lebih banyak iklan pada laman mereka dalam usaha untuk menjana lebih wang daripadanya, dan terkini, Facebook yang sedia dikenali dengan bentuk pengiklanan yang ringkas, nampaknya turut sama menguji iklan panjang yang digunakan dikebanyakkan halaman yang lain.

Bentuk pengiklanan ini mungkin masih lagi dalam proses ujian oleh mereka, dimana beberapa pengguna tempatan sudah dapat melihatnya.

Ini juga mungkin memberi petanda, Facebook mungkin akan menguji lebih banyak bentuk iklan yang berbeza pada laman mereka dari semasa ke semasa.

Dengan ramai pengguna yang mula mengatakan Facebook agak bosan dan tidak menarik dengan pelbagai kemaskini yang diperkenalkan, adakah pengiklanan berbentuk gergasi sebegini akan memberikan impak kepada pengguna sedia ada untuk beralih platform?

Tips daripada @omarmahdzan


TIPS & ULASAN