Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kes saman mahkamah antara Apple dan Samsung, mungkin anda ternanti-nanti akan siapakah yang memenanginya. Dan kini, ia telah pun berakhir, dengan juri mahkamah menganugerahkan kemenangan kepada pihak Apple, disamping meminta Samsung membayar $1 billion kepada pihak Apple.
Menurut pihak juri, Apple tidak melanggar sebarang paten dan hak cipta yang dimiliki oleh Apple, sebaliknya Samsung melanggar beberapa paten milik Apple.
Antara paten yang dilanggar adalah termasuk paten ‘915 yang memfokuskan kepada mentatal menggunakan satu jari, mencubit untuk zoom dan yang berkait dengannya, paten 163 yang memfokuskan kepada tap untuk zoom, dan juga paten ‘381 yang membawakan fungsi bounce back ketika mentatal.
Berkaitan dengan keputusan mahkamah ini, Samsung mengatakan yang mana ianya bukanlah kemenangan pihak Apple, tetapi lebih kepada kekalahan para pengguna di Amerika Syarikat. Ini kerana ia akan kelak membawa kepada pilihan yang kurang, inovasi yang tidak berkembang serta kemungkinan untuk harga peranti yang lebih tinggi lagi.