Selamat Ulang Tahun Ke-21, Linux

Selamat Ulang Tahun Ke-21, Linux

Diterbitkan pada Ogos 25, 2012 oleh .

Sejak dimulakan pada tahun 1991, Linux telah melalui pelbagai pembangunan, dengan pelbagai peranti yang menggunakannya hari ini. Dan kini, pada hari ini, 25 Ogos, Linux telah pun berumur 21 tahun.

Linux telah dimulakan sebagai projek peribadi Linus Torvalds ketika belajar, dalam usaha untuk membina kernel sistem operasi yang baru. Sejak daripada itu, kernel Linux telah melalui pelbagai perkembangan, dan digunakan pada beberapa peranti dan sistem utama pada hari ini.

Linux Foundation, salah satu badan yang menyokong pembangunan Linux juga dilihat semakin berkembang aktif sejak akhir-akhir ini, dengan beberapa nama besar, seperti Samsung, Twitter, Google dan ramai lagi yang menyertainya.

Dan mungkin dengan bulan-bulan akan datang, kita akan dapat melihat ia terus berkembang dengan positif pada pelbagai industri. Selamat hari lahir, Linux.


TIPS & ULASAN