Nikon D600 Bakal Dilancarkan Pada Bulan September Ini?

Nikon D600 Bakal Dilancarkan Pada Bulan September Ini?

Diterbitkan pada Ogos 26, 2012 oleh .

Ura-ura dan laporan berkenaan dengan kamera DSLR daripada Nikon, iaitu D600 telah pun kedengaran sejak daripada bulan April yang lepas, dan kini beberapa informasi mula mengatakan Nikon bakal mula menjualnya secara rasmi bermula bulan hadapan, September 2012.

Nikon D600, seperti pada angka versinya, ia akan membawakan ciri-ciri yang rendah sedikit berbanding D800, dimana ia diperkata akan membawakan sensor FX 24.7-megapixel, sensitiviti ISO maksimum sehingga Hi-2 ISO 25600, skrin LCD 3.2-inci, sistem autofokus 39-point dan juga sokongan output HDMI padanya.

Tarikh rasmi bilakah ia akan dijual dan harga jualannya di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN