Apple Disahkan Melancarkan iPad Mini Pada Bulan Oktober

Apple Disahkan Melancarkan iPad Mini Pada Bulan Oktober

Diterbitkan pada Ogos 26, 2012 oleh .

Dua peranti yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia adalah iPhone generasi baru dan juga iPad bersaiz kecil yang dipanggil “iPad Mini” buat masa ini. Dalam memberikan setiap peranti baru daripada Apple itu tarikh pelancaran berbeza, kini laman All Things D mengesahkan yang mana Apple bakal melancarkan iPad Mini pada bulan Oktober kelak.

Apple bakal mengadakan acara khas pelancaran iPhone pada 13 September 2012 ini, dan semestinya mereka tidak inginkan pelancaran iPhone tersebut menutupi liputan media ke atas iPad Mini, sekaligus memberikan impak ke atas jualan mereka.

iPad Mini bakal dilancarkan sebulan selepas pelancaran iPhone generasi baru, sekaligus memberikan peluang pemasaran yang lebih efektif, disamping membolehkan para pengguna mendapatkan kedua-dua peranti tersebut ketika awal pelancaran.

iPad Mini diperkata akan membawakan skrin bersaiz kurang 8-inci, sekaligus sesuai untuk membaca, bermain game, menonton video, melayari web dan sebagainya dengan mudah.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Apple berkaitan dengannya pada bulan Oktober kelak.


TIPS & ULASAN