Bagi mereka yang mengikuti perkembangan sains angkasa, nama Neil Armstrong semestinya merupakan salah satu nama yang tidak asing bagi anda, iaitu menjadi manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan pada 21 Julai 1969. Hari ini, beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun.
[Wikipedia] Neil Alden Armstrong (5 Ogos 1930 di Ohio, Amerika Syarikat – 25 Ogos 2012) adalah angkasawan Amerika Syarikat, dan orang pertama yang menjejakkan kaki di Bulan. Pada 20 Julai 1969, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat di Bulan dengan kenderaan udara kecil, yang telah dihantar ke Bulan dengan roket Saturn V dalam misi Apollo 11. Mereka berdua berjalan di Bulan, dan jutaan orang menonton peristiwa ini dari TV.
Ucapannya yang terkenal ialah:
“Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia, satu langkah besar bagi kemanusiaan.”
Selepas kembali daripada misi jelajah bulan, Neil Armstrong menghabiskan masa beliau sebagai professor kejuruteraan di University of Cincinnati, dan meninggalkan NASA setahun selepas misi Apollo 11. Namun beliau membantu dalam pelbagai misi NASA, termasuk Apollo 13 dan juga Space Shuttle Challenger pada tahun 1986.
Disebabkan kekurangan bahan bacaan berkaitan dunia sains dalam bahasa Malaysia, kami akan membuat liputan beberapa berita berkaitan dunia sains dari semasa ke semasa bermula hari ini di Amanz.