Chrome 22 Beta Menambah-Baik Sokongan Windows 8 – Chrome 23-Dev Dilancarkan

Chrome 22 Beta Menambah-Baik Sokongan Windows 8 – Chrome 23-Dev Dilancarkan

Diterbitkan pada Ogos 26, 2012 oleh .

Pembangunan pelayar web daripada Google, iaitu Chrome terus bergerak pantas, dimana kini Google telah pun mengemaskini saluran pembangunan mereka kepada Chrome 22 Beta dan juga Chrome 23 Dev, selain melancarkan Chrome 21 pada saluran stabil baru-baru ini.

Memandangkan ia masih pada peringkat awal, maka perubahan dan pengenalan perkara baru padanya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya.

Chrome 22 Beta membawakan sokongan Windows 8 yang dipertingkatkan lagi, selain sokongan skrin resolusi tinggi yang lebih baik, menyertakan sokongan paparan Retina padanya.

Chrome 23 Dev pula tidak membawakan sebarang perubahan drastik buat masa ini, selain daripada kemaskini kepada enjin Chromium V8 padanya sahaja. Mungkin lebih banyak perubahan akan diperkenalkan dalam versi pembangunan akan datang mereka.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mencuba Chrome 23 Dev atau Chrome 22 Beta hari ini, dan menguji semuanya terlebih dahulu sebelum dilancarkan pada saluran stabil dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN