Chrome Untuk iOS Memudahkan Lagi Perkongsian Ke Laman Sosial

Chrome Untuk iOS Memudahkan Lagi Perkongsian Ke Laman Sosial

Diterbitkan pada Ogos 26, 2012 oleh .

Selain daripada Chrome untuk desktop, Google turut sama membawakan konsep kemaskini pantas kepada pelayar web mudah-alih iOS mereka, dimana melalui kemaskini terkini, ia membawakan sokongan perkongsian sosial terbina padanya, memudahkan para pengguna pelayar web Chrome pada iOS berkongsi URL bersama rakan-rakan mereka.

Kemaskini terkini ini membawakan penambahan menu perkongsian, dimana para pengguna boleh melayari sebarang laman web, dan kemudian berkongsi bersama rakan-rakan mereka, sama ada di Google+, Facebook, Twitter, mahupun melalui emel dengan mudah dan pantas.

Sokongan ini masih tidak diketahui bilakah akan hadir ke versi desktop, tetapi semestinya ia merupakan salah satu sokongan yang digemari ramai pengguna yang menggunakan Chrome pada iOS sebagai pelayar web utama mereka.

Bagi para pengguna iOS, anda boleh memuat-turun Chrome untuk iOS secara percuma daripada AppStore hari ini.


TIPS & ULASAN