iPod Nano Bakal Hadir Dengan Sokongan Sync Ke iCloud?

iPod Nano Bakal Hadir Dengan Sokongan Sync Ke iCloud?

Diterbitkan pada Ogos 27, 2012 oleh .

Selain daripada iPad Mini yang disasarkan untuk pelancaran pada bulan Oktober ini, ia juga kini dilaporkan yang mana Apple bakal hadir dengan sebuah iPod Touch yang baru, dan juga iPod Nano generasi ketujuh pada bulan Oktober ini.

Perkara ini mungkin bukan sesuatu yang baru, memandangkan Apple sememangnya senantiasa memperkenalkan kemaskini produk mereka setahun sekali. Namun, daripada laporan awal, ia diperkatakan Nano baru ini kelak akan datang dengan antena WiFi, membolehkan anda sync lagu dengan Apple iCloud dengan mudah.

Sokongan ini semestinya akan memudahkan para pengguna iPod Nano baru kelak mendapatkan lagu-lagu baru daripada akaun mereka dengan mudah, disamping membawa fungsi iCloud kepada peringkat seterusnya.

Selain daripada acara pada bulan Oktober, Apple juga dikatakan akan mengadakan sebuah acara khas pada bulan September ini memfokuskan sepenuhnya pada pelancaran iPhone generasi baru mereka.


TIPS & ULASAN