Cari @ Amanz

Selain daripada Nikon yang telah melancarkan kamera berasaskan Android mereka pada minggu lepas, kini diperkatakan, Samsung bakal hadir bersama-sama dengan kamera berasaskan Android mereka, dinamakan sebagai Samsung Galaxy S Camera, dan mungkin diperkenalkan pada IFA 2012 pada penghujung minggu ini.

Galaxy S Camera ini diperkata akan membawakan skrin SuperAMOLED bersaiz 4.8-inci dan membawakan sensor 16-megapixel bersama-sama dengannya, selain turut didatangkan sokongan WiFi terbina padanya.

Jadi, sekiranya Samsung benar-benar melancarkan kamera Android mereka, adakah ini akan menjadi pilihan anda, ataupun anda akan memilih kamera Android daripada Nikon?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd