Carian
Komputer Riba Samsung Dengan Skrin Boleh Tanggal Bakal Diperkenalkan Pada IFA 2012
August 27, 2012 Aman

Setelah video promosi pertama yang diperlihatkan oleh Samsung, mempertontonkan komputer riba dengan sokongan seumpama stylus yang didatangkan terbina, kini Samsung sekali lagi memperlihatkan gambar baru, dan memperkata akan memperkenalkan komputer riba terbaru mereka itu pada IFA 2012 minggu ini.

Daripada gambar yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana Samsung akan hadir dengan komputer riba yang boleh diubah menjadi tablet dengan mudah, dan dijana menggunakan Windows 8 padanya kelak.

Bagi yang masih ingat, pada bulan Jun yang lepas, Samsung pernah memperlihatkan komputer riba seumpamanya, dinamakan sebagai Samsung Series-5 Ultra Convertible, membawakan komputer riba yang mana skrinnya boleh dilipat dan digunakan sebagai tablet.

Namun, daripada gambar yang dipertontonkan, ia kelihatan yang mana kelak para pengguna boleh menanggalkan skrin dan menggunakannya sebagai tablet secara berasingan, dan mengabungkannya bersama papan kekunci dan menggunakannya sebagai komputer riba.

Walauapa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Samsung pada IFA 2012 kelak.

Komen