Galaxy Player Terbaru Daripada Samsung Membawakan Skrin Sebesar 5.8-inci

Galaxy Player Terbaru Daripada Samsung Membawakan Skrin Sebesar 5.8-inci

Diterbitkan pada Ogos 27, 2012 oleh .

Dengan ramai yang mengatakan saiz skrin Galaxy Note yang agak besar, namun perkara tersebut tidak menghentikan pihak Samsung. Terkini, Samsung memperkenalkan Galaxy Player 5.8, dimana angka 5.8 merujuk kepada saiz skrin yang dibawakan olehnya, iaitu 5.8-inci dengan resolusi 960×540 pixel.

Galaxy Player 5.8 membawakan sokongan seumpama telefon pintar Android daripada Samsung, cuma tidak didatangkan dengan sokongan GSM padanya. Ia dijana menggunakan Android 4.0 dan juga antaramuka TouchWiz daripada Samsung. Dari segi pilihan pula, ia didatangkan dalam pilihan 16GB dan juga 32GB.

Selain daripada itu, ia turut sama didatangkan dengan sokongan kamera VGA pada bahagian hadapan, bateri sebesar 2,500mAh, dan juga slot mikro-SD untuk ruangan storan tambahan padanya.

Harga jualan dan bilakah ia akan tiba di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN