Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini, Google telah pun mematikan sokongan Chrome untuk OS X 10.5, kini Mozilla turut mengambil langkah yang serupa, dimana mereka tidak lagi akan memperkenalkan sokongan untuk OS X 10.5 bermula daripada Firefox 17 kelak.

Menurut pihak Mozilla, mereka mensasarkan hanya sekitar 10% pengguna OS X sahaja akan menjalankan versi 10.5 ketika Firefox 17 dilancarkan kelak, dan tidak memberikan sebarang impak yang besar terhadap pengguna tersebut.

Mengikut jadual pembangunan Mozilla Firefox, Firefox 16 bakal dilancarkan pada bulan Oktober ini, diikuti dengan Firefox 17 sekitar penghujung November kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd