Spesifikasi Galaxy Note 2 Tertiris Ke Arena Web – Dikatakan Menyertakan Jelly Bean

Spesifikasi Galaxy Note 2 Tertiris Ke Arena Web – Dikatakan Menyertakan Jelly Bean

Diterbitkan pada Ogos 28, 2012 oleh .

Pelancaran Samsung Galaxy Note 2 merupakan salah satu perkara yang dinantikan pada minggu ini, dan menariknya, pada hari ini, spesifikasi yang bakal dibawakan bersama oleh peranti tersebut mula tertiris ke arena web, sekaligus memperlihatkan spesifikasi yang tidak mengecewakan dan agak menarik.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan Galaxy Note 2 kelak akan membawakan skrin seluas 5.5-inci dengan resolusi 1280×720 pixel, cip pemprosesan empat teras 1.4GHz Exynos 4412, sokongan rangkaian 3G dan 4G, dan menariknya, dijana menggunakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean padanya. Ia juga diperkatakan menyertakan kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya untuk rakaman gambar dan video.

Samsung dijangka akan mengumumkannya secara rasmi pada hari Khamis ini, yang mana semestinya ramai yang menantikan untuk melihat rekabentuk akhir peranti ini kelak.


TIPS & ULASAN