Cari @ Amanz

Rekabentuk Awal Pelayar Web Firefox Metro Diperlihatkan

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan Firefox 15 yang bakal dilancarkan secara rasminya pada hari ini, kini beberapa rekabentuk untuk pelayar Firefox yang akan datang dikongsikan oleh salah seorang pembangun, sekaligus memberikan beberapa idea mengenai versi akan datang, dan juga semestinya lebih berkaitan dengan Firefox versi Metro untuk Windows 8.

Beberapa perkara baru dikongsikan melalui rekabentuk yang dipaparkan, termasuk rekabentuk pemain media terbina yang baru, selain juga beberapa kemaskini, termasuk cara menghantar maklumbalas dan juga mengakses bookmark

Namun, selain daripada itu semua, perkara yang dinantikan semestinya adalah bagaimanakah rekabentuk Firefox untuk Metro kelak. Seperti yang lain, ia turut dioptimasikan untuk skrin sentuh, dan turut memaparkan bookmark dan perkara lain dalam rekabentuk Metro yang amat menarik sekali.

Seperti biasa, ia hanya salah satu rekabentuk yang dikongsikan oleh pembangun di Mozilla, yang mana mungkin direalisasikan ataupun sebaliknya.

Walaubagaimanapun, apakah pendapat anda berkenaan dengan rekabentuk Firefox versi Metro? Adakah anda gemarkannya ataupun sebaliknya?


Komen ()