Gambar Sony Vaio Duo 11 Mula Kelihatan

Gambar Sony Vaio Duo 11 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Ogos 28, 2012 oleh .

Dengan Windows 8 yang menjelang tiba, ramai pengeluar peranti terkemuka yang merancang untuk memperkenalkan komputer riba yang boleh diubah kepada tablet dengan mudah, dan salah satunya adalah Sony. Terkini, pihak PocketNow berkongsi beberapa gambar peranti Sony Vaio Duo 11 yang bakal dilancarkan oleh Sony tidak lama lagi.

Daripada gambaran yang diperlihatkan, ia menunjukkan Vaio Duo 11 ini kelak akan membawakan rekabentuk seumpama Microsoft Surface, dan cuma ia tidak boleh ditanggalkan skrinnya. Spesifikasi peranti tersebut tidak diketahui buat masa ini, dan angka 11 pada namanya dikatakan merujuk kepada saiz peranti tersebut, iaitu yang membawakan skrin sebesar 11-inci.

Mungkin kita akan mendengar lebih banyak maklumat lanjut berkenaan dengan peranti ini apabila tarikh pelancaran Windows 8 yang semakin hampir, iaitu sebelum 26 Oktober kelak.


TIPS & ULASAN