Samsung Mendaftarkan Tanda Dagang Untuk Jenama “Ativ”

Samsung Mendaftarkan Tanda Dagang Untuk Jenama “Ativ”

Diterbitkan pada Ogos 28, 2012 oleh .

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan peranti Samsung, semestinya mengetahui akan penggunaan skema nama Galaxy untuk peranti Android keluaran mereka. Tetapi bagaimana pula dengan peranti Windows daripada Samsung? Kini, kelihatan Samsung mula mendaftar hak cipta untuk penggunaan nama ATIV.

Seperti umum sedia maklum, Samsung bakal menyertai IFA 2012 pada penghujung minggu ini, dimana selain daripada Galaxy Note 2 yang dinantikan ramai, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti Windows 8.

Daripada apa yang kelihatan, Samsung telah pun mendaftarkan tanda dagang untuk Ativ Tab dan juga Ativ S, dimana menandakan Samsung bakal hadir dengan tablet Windows 8 serta telefon pintar Windows Phone 8 tidak lama lagi.

Sekiranya tanda dagang ini mula digunakan secara rasmi oleh Samsung pada produk keluaran mereka, mungkin kelak lebih mudah para pengguna membezakan penggunaan platform antara peranti keluaran Samsung, disamping mengukuhkan lagi penjenamaan produk mereka kepada umum.

Jadi, apa kata anda berkenaan penggunaan nama Ativ ini?


TIPS & ULASAN