Maxis Menawarkan Pelan Pascabayar TalkMore48 Pada Kadar Istimewa

Maxis Menawarkan Pelan Pascabayar TalkMore48 Pada Kadar Istimewa

Diterbitkan pada Ogos 28, 2012 oleh .

Pada awal bulan Ogos 2012, Maxis telah pun menambah sebuah pelan pascabayar baru kepada tawaran mereka, iaitu TalkMore 48, yang mana memberikan penjimatan yang lebih baik kepada para pengguna, selain menawarkan kadar bayaran bulanan yang berpatutan kepada semua.

Seperti pada nama pelan yang diperkenalkan, TalkMore48 memperkenalkan pelan pascabayar dengan komitmen bulanan sebanyak RM48 sebulan, dimana melaluinya, anda akan mendapat panggilan percuma selama 400 minit dan juga 200 SMS ke semua talian di Malaysia.

Maxis sendiri mengatakan perkara ini membawakan kepada nilai menyeluruh sebanyak RM75, tetapi mereka tawarkannya kepada para pengguna pada harga hanya RM48 sebulan.

Bagi anda yang menggunakan lebih daripada itu, Maxis mengenakan caj panggilan dan SMS hanya 10 sen ke Maxis (15 sen ke talian lain). Namun, sekiranya penggunaan anda melangkaui RM110, semua panggilan suara dan SMS ke Maxis akan didiskaun kepada 5 sen per minit / 5 sen per SMS.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan talian pascabayar, mungkin anda boleh merujuk kepada halaman rasmi Maxis TalkMore48 hari ini, dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya hari ini.

Advertorial daripada pihak Maxis.

TIPS & ULASAN