HTC Proto Bakal Diperkenalkan Pada IFA 2012 Sebagai Desire X?

HTC Proto Bakal Diperkenalkan Pada IFA 2012 Sebagai Desire X?

Diterbitkan pada Ogos 28, 2012 oleh .

HTC Proto telah diperkatakan sejak beberapa minggu yang lepas, yang mana dikatakan sebagai kemaskini untuk HTC One V. Terkini, gambar lebih dekat peranti tersebut diperlihatkan, dengan nama akhir yang akan dikenali sebagai Desire X.

Ia disasarkan HTC melakukan pengumuman berkaitan HTC Desire X ini pada IFA 2012 penghujung minggu ini, dimana daripada apa yang diura-ura sehingga kini, ia bakal membawakan skrin 4.0-inci WVGA, kamera 5-megapixel dan cip pemprosesan 1GHz Snapdragon. Seperti biasa, ia dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan menggunakan antaramuka Sense 4.0 padanya.

Bilakah ia akan mula dijual masih tidak diketahui lagi, dan mungkin kita boleh berharap harga jualannya agar tidak jauh berbeza dengan HTC One V.


TIPS & ULASAN