Cari @ Amanz

Sementara menantikan Mozilla mengumumkan Firefox 15 secara rasminya, para pengguna Windows mungkin boleh mencuba salah satu variasi daripada Firefox, iaitu Palemoon 15, yang mana dioptimasikan secara menyeluruh untuk sistem operasi Windows.

Bagi mereka yang biasa menggunakan Pale Moon, semestinya mengetahui akan berkenaan pelayar web yang berasaskan kod sumber daripada Firefox, tetapi dioptimasikan supaya lebih pantas dan efisyen berbanding yang asal.

Dari segi pembaharuan, ia lebih memfokuskan kepada penggunaan memori, disamping halaman Speed Dial yang diberikan nafas baru padanya.

Para pengguna Windows yang berminat, anda boleh memuat-turun PaleMoon 15 hari ini, dan mula menggunakannya sebagai salah satu pelayar web harian anda, selain daripada Firefox dan juga Chrome.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd