Cari @ Amanz

Terdapat beberapa kaedah untuk memuat-turun emel anda daripada GMail terus ke desktop anda, termasuk beberapa cara yang disediakan oleh Google. Namun, kali ini, kami akan berkongsi akan mengenai aplikasi GMVault yang memudahkan proses membuat salinan pendua emel anda ke desktop dengan mudah.

Menariknya, GMVault bukan hanya sekadar membuat salinan pendua sahaja, tetapi turut sama boleh memindahkan emel anda daripada satu akaun ke akaun yang lain dengan mudah terus melalui aplikasi tersebut.

GMvault membawakan antaramuka seumpama Command Prompt (Terminal), membolehkan anda membuat pelbagai perkara dengan mudah melaluinya. Pada awal penggunaan, ia mungkin tampak sedikit sukar, tetapi sebenarnya ia amat mudah digunakan, apatah lagi mesra pelbagai sistem operasi.

Melalui sokongan Sync pada GMVault, anda boleh membuat salinan pendua semua emel pada akaun GMail anda, dan membuat tetapan supaya ia memuat-turun hanya emel baru sahaja apabila anda menerima sebarang emel.

Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi GMVault ini hari ini, dan mula menggunakannya. Untuk tujuan pendaftaran, ia akan meminta anda memberikan kebenaran mengakses akaun Google, sama seperti kebanyakkan aplikasi yang lain. Sementara untuk mendapatkan senarai dan cara penggunaan yang mudah, anda hanya perlu menaip “gmvault –help” ataupun merujuk kepada panduan yang disediakan pembangunnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd