Samsung Bakal Menyertakan Aplikasi S-Launcher Bersama Komputer Windows 8 Mereka?

Samsung Bakal Menyertakan Aplikasi S-Launcher Bersama Komputer Windows 8 Mereka?

Diterbitkan pada Ogos 29, 2012 oleh .

Walaupun Microsoft mengambil langkah untuk mematikan sokongan menu Start pada Windows 8, dan memfokuskan kepada antaramuka baru yang moden, kini Samsung memperlihatkan yang mana mereka bakal membawakan sebuah aplikasi khas bersama komputer dan tablet mereka dinamakan sebagai S-Launcher.

S-Launcher kelak akan berfungsi dan menawarkan sokongan seumpama menu Start popular pada Windows 7, membolehkan para pengguna mengakses kepada beberapa bahagian di komputer mereka dengan pantas dan mudah.

Menu tetapan khas yang berasingan juga disertakan bersama komputer Windows daripada Samsung, memudahkan anda mengawal pelbagai perkara pada Windows 8 terus padanya.

Walaupun buat masa ini ia diperkatakan hanya akan eksklusif dan didatangkan terbina pada komputer Windows 8 daripada Samsung sahaja, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk para pemilik komputer Samsung berkongsi aplikasi tersebut bersama pengguna lain di arena web kini.


TIPS & ULASAN