DiGi Mula Menjual Galaxy Nexus Dengan Android 4.1 Jelly Bean

DiGi Mula Menjual Galaxy Nexus Dengan Android 4.1 Jelly Bean

Diterbitkan pada Ogos 29, 2012 oleh .

Jikalau sebelum ini, para pengguna perlu mengemaskini sistem operasi Android mereka pada Galaxy Nexus ke Jelly Bean, terkini, DiGi telah pun mula menjual peranti Samsung Galaxy Nexus, yang mana didatangkan terus bersama-sama dengan versi terbaru yang dilancarkan baru-baru ini.

Namun, dari segi spesifikasi, ia masih kekal serupa, dimana didatangkan bersama-sama skrin HD Super AMOLED 4.65-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, dan juga kamera 5-megapixel.

Bagi mereka yang masih bercadang untuk mendapatkan peranti Nexus daripada Google, dan tidak sabar menantikan pelancaran Nexus baru, mungkin anda boleh mendapatkannya daripadan DiGi hari ini, dimana Galaxy Nexus bersama-sama dengan Jelly Bean ini dijual pada harga serendah RM499 dengan pelan bulanan DiGi.


TIPS & ULASAN