Pelayar Web Mozilla Firefox 15 Dilancarkan Secara Rasminya

Pelayar Web Mozilla Firefox 15 Dilancarkan Secara Rasminya

Diterbitkan pada Ogos 29, 2012 oleh .

Seperti yang dirancang, pihak Mozilla telah pun melancarkan versi stabil terkini pelayar web mereka, iaitu Firefox 15, dimana bersama-sama dengannya, beberapa fungsi baru dan penambahan disertakan untuk para pengguna Windows, Mac dan juga Linux.

Salah satu perkara yang disertakan adalah sokongan kemaskini secara automatik, membolehkan para pengguna menerima kemaskini dengan mudah dan pantas, dan tidak lagi seperti sekarang. Namun, sekiranya terdapat sebarang add-on yang tidak serasi, maka arahan akan dipaparkan melalui kotak dialog ringkas melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga turut memfokuskan kepada pengurusan memori yang lebih baik, menjadikan pelayar web Firefox 15 lebih pantas dengan prestasi lebih baik berbanding sebelum ini.

Bagi anda yang menggunakan Firefox, boleh melakukan kemaskini pelayar web anda, ataupun memuat-turun dan mula menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN