Aplikasi SkyDrive Untuk Android Dilancarkan Secara Rasminya

Aplikasi SkyDrive Untuk Android Dilancarkan Secara Rasminya

Diterbitkan pada Ogos 29, 2012 oleh .

Sepertimana yang dijanjikan pihak Microsoft pada awal bulan ini, kini aplikasi SkyDrive untuk Android telah pun dilancarkan secara rasminya, membolehkan para pengguna peranti Android dengan mudah memuat-naik atau mengakses dokumen yang terdapat pada SkyDrive dengan mudah dan pantas.

SkyDrive untuk Android membawakan antaramuka mesra Ice Cream Sandwich, disamping menyertakan elemen Metro daripada Microsoft. Namun, ia hanya menyokong platform Android 2.3 Gingerbread dan terkini sahaja.

Seperti kebanyakkan aplikasi storan awan yang lain, SkyDrive untuk Android tidak cache akan kandungan untuk digunakan secara offline dan masih memerlukan sokongan internet sekiranya anda ingin membaca atau mengakses dokumen padanya.

Bagi para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi SkyDrive hari ini terus daripada Google Play Store, dan mula menggunakannya hari ini. Selain daripada untuk Android, Microsoft juga turut sama menyediakan aplikasi yang lebih kurang sama untuk para pengguna iOS, Windows Phone, Windows dan juga OS X.


TIPS & ULASAN