Nokia Lumia Dengan Teknologi PureView Bakal Hadir Pada 5 September Ini?

Nokia Lumia Dengan Teknologi PureView Bakal Hadir Pada 5 September Ini?

Diterbitkan pada Ogos 29, 2012 oleh .

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan peranti Nokia, semestinya sedia maklum akan sebuah acara khas yang dirancang oleh pihak Nokia pada 5 September ini. Selain daripada beberapa gambar sebelum ini, kini Nokia sendiri telah memuat-naik sebuah video ringkas mempromosikan peranti yang bakal diperkenalkan oleh mereka itu.

Walaubagaimanapun, video tersebut tidak memberi sebarang gambar peranti, sebaliknya hanya merakamkan gadis yang sedang menunggang basikal. Perkara ini sekaligus membawa kepada spekulasi ramai mengatakan Nokia bakal memperkenalkan Lumia PureView pada 5 September ini, yang mana semestinya dijana menggunakan Windows Phone 8.

Pada masa yang sama, Nokia juga memberikan mesej, mengatakan pelbagai perkara akan berubah.


TIPS & ULASAN