Samsung Galaxy Note 10.1 Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Samsung Galaxy Note 10.1 Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 29, 2012 oleh .

Bagi mereka yang ternanti-nanti akan tablet terbaru daripada Samsung yang didatangkan dengan sokongan S-Pen, kini pihak Samsung Malaysia telah pun mengesahkan yang mana ia akan dilancarkan di Malaysia pada minggu hadapan, 5 September.

Harga jualan untuknya masih tidak diketahui buat masa ini. Galaxy Note 10.1 membawakan skrin sebesar 10-inci, dengan sokongan input S-Pen, cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, memori sebanyak 2GB RAM, menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan didatangkan dengan beberapa aplikasi khas, serta aplikasi Adobe Photoshop Touch secara percuma.

Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi peranti tersebut di Malaysia pada minggu hadapan. Dan sementara itu, bagi mereka yang berminat untuk mencubanya sendiri, mungkin boleh mendaftarkan minat untuk Smart School daripada Samsung yang dijadualkan pada penghujung minggu hadapan.


TIPS & ULASAN