Cari @ Amanz

Bulan September ini mungkin salah satu bulan yang gembira buat para pengemar peranti, dimana selain daripada IFA 2012 dan juga acara khas Nokia dan Apple, Motorola Mobility milik Google juga akan mengadakan sebuah acara khas, dimana bakal memperkenalkan peranti pintar terbaru mereka kepada umum.

Acara khas yang bakal diadakan pada 18 September ini, akan turut disertai oleh Intel, dimana sekaligus membawa kepada spekulasi yang mana Motorola bakal melancarkan telefon pintar dengan cip Intel Medfield kepada umum pada tarikh tersebut.

Buat masa ini, salah satu peranti pintar Android yang menggunakan cip pemprosesan Medfield adalah Lava XOLO X900 yang mana dilancarkan khas untuk penduduk di India sahaja, dan masih tidak dipasarkan kepada pasaran global.

Jadi, adakah Motorola akan dapat merampas perhatian umum pada 18 September ini, seminggu selepas Apple memperkenalkan iPhone generasi baru mereka?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd