Sony Mengumumkan Xperia Tablet S Secara Rasmi

Sony Mengumumkan Xperia Tablet S Secara Rasmi

Diterbitkan pada Ogos 29, 2012 oleh .

Sony hari ini memulakan acara IFA 2012 dengan mengumumkan tablet terbaru mereka, dinamakan sebagai Xperia Tablet 2, membawakan peranti yang ringan dan nipis, selain disertakan bersama-sama dengan beberapa aplikasi khas dan eksklusif daripada pihak Sony sendiri.

Kini, dibawah Sony Mobile, tablet terbaru Sony ini turut sama menggunakan jenama Xperia, seperti beberapa telefon pintar Android mereka yang lain. Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip pemprosesan Tegra 3, dan menjalankan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya. Ia turut sama didatangkan dengan sokongan IR, membolehkan anda menggunakannya sebagai alat kawalan jauh anda.

Xperia Tablet S ini masih lagi tidak diketahui bilakah akan dilancarkan dan dijual di Malaysia. Harga jualan global untuk Xperia Tablet S dalam variasi storan 16GB, 32GB dan juga 64GB dikatakan diantara $399 dan $599.


TIPS & ULASAN