Cari @ Amanz

Jikalau beberapa hari sebelum ini kita mendengar Samsung yang mendaftarkan tanda dagang “ATIV” untuk peranti Windows mereka, nampaknya kita mungkin akan dapat melihat ia diumumkan pada IFA 2012 kelak, dimana terkini ia dilaporkan ATIV S bakal diumumkan oleh Samsung tidak lama lagi.

ATIV S bakal menjadi peranti utama Windows Phone mereka, dimana seperti semua sedia maklum, ia bakal menjalankan Windows Phone 8 padanya.

Dari segi spesifikasi, The Verge melaporkan yang mana ATIV S akan menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, skrin sentuh HD Super AMOLED seluas 4.8-inci, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.9-megapixel.

Ia dikatakan akan diumumkan dalam beberapa jam lagi, bersama-sama dengan peranti yang dinantikan ramai, Samsung Galaxy Note 2.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd