Carian
Gambar Dan Spesifikasi Samsung ATIV Tab Mula Kelihatan
August 30, 2012 Aman

Selain daripada gambar awal Samsung ATIV S, gambar tablet Windows daripada Samsung juga mula tertiris ke arena web, dipanggil sebagai ATIV Tab buat masa ini, dan dijangka akan turut diumumkan bersama-sama dengan ATIV S kelak.

Samsung ATIV Tab ini bakal menjalankan Windows RT padanya, dan didatangkan bersama-sama skrin sebesar 10.1-inci dengan paparan 1366×768 pixel, dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori sebanyak 2GB RAM, serta didatangkan dalam variasi 32GB dan 64GB.

Lebih maklumat dijangka akan diumumkan hari ini oleh Samsung pada acara IFA 2012 kelak.

Komen