Gambar, Spesifikasi Dan Fungsi Baru Galaxy Note 2 Tertiris Di Internet

Gambar, Spesifikasi Dan Fungsi Baru Galaxy Note 2 Tertiris Di Internet

Diterbitkan pada Ogos 30, 2012 oleh .

Dengan masa hanya kurang sejam lagi sebelum Samsung mengumumkan Galaxy Note 2 kepada umum, kini beberapa gambar awal peranti tersebut, bersama-sama dengan spesifikasinya mula tertiris ke arena web, dan seperti diperkatakan sebelum ini, ia akan didatangkan bersama-sama dengan Android 4.1 Jelly Bean padanya.

Daripada apa yang dikongsikan PocketNow, ia didatangkan bersama-sama skrin HD Super AMOLED 5.5-inci dengan resolusi 1280×720 pixel, cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.9-megapixel, bateri sebesar 3,100mAh, dan lebih nipis berbanding versi sebelumnya.

Selain daripada peranti, Samsung turut sama memberikan nafas baru untuk S-Pen, dimana ia dikatakan akan lebih panjang, tebal, serta lebih serasi untuk dipegang berbanding sebelumnya. Menariknya, salah satu fungsi baru yang didatangkan bersama-sama S-Pen adalah fungsi dinamakan Air View, membolehkan anda melihat kandungan emel, gambar, video dan sebagainya, dengan hanya meletak S-Pen di atas sesuatu fail, tanpa perlu membukanya. Ia juga dikatakan, Galaxy Note 2 akan didatangkan dengan fungsi Screen Recorder, membolehkan anda merakamkan skrin anda, sesuai untuk berkongsi bagaimanakah sesuatu gambar dilukis dan sebagainya.

Semestinya demonstrasi pihak Samsung adalah salah satu perkara yang dinantikan kini. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Samsung tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN