Samsung ATIV S Diperkenalkan Secara Rasmi

Samsung ATIV S Diperkenalkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Ogos 30, 2012 oleh .

Lebih awal daripada pengumuman rasmi Samsung, pihak Microsoft kini telah pun mengemaskini blog rasmi mereka, mempertontonkan dengan lebih dekat peranti Samsung ATIV S yang bakal dijual dalam beberapa bulan lagi, yang mana seperti semua sedia maklum, didatangkan bersama-sama Windows Phone 8 terbina padanya.

Dari segi spesifikasi, Samsung ATIV S ini membawakan skrin 4.8-inci HD Super AMOLED yang mana dibina daripada Corning Gorilla Glass 2, menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori sebanyak 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.9-megapixel. Ia turut sama didatangkan dengan slot mikro-SD untuk menambah ruangan storan, serta bateri berkapasiti 2300mAh.

Jadi, apa kata anda mengenai Samsung ATIV S ini?


TIPS & ULASAN