Samsung Memperkenalkan ATIV Tab Secara Rasmi

Samsung Memperkenalkan ATIV Tab Secara Rasmi

Diterbitkan pada Ogos 30, 2012 oleh .

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Samsung, semestinya sudah sedia ketahui akan yang mana “Galaxy” merupakan nama keluarga untuk peranti Android, dan kini, “ATIV” pula merupakan nama keluarga untuk peranti Windows Phone daripada Samsung.

Memandangkan Samsung merupakan antara pengeluar peranti terkemuka dunia, mereka bukan hanya hadir dengan telefon pintar ATIV S yang menjalankan Windows Phone 8, tetapi turut sama memperkenalkan tablet Windows RT mereka, ATIV Tab.

ATIV Tab membawakan skrin sentuh bersaiz 10.1-inci dengan resolusi paparan 1366×768 pixel, menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, kamera hadapan 1.9-megapixel dan juga kamera belakang 5-megapixel. Ia turut didatangkan dalam variasi ruangan storan 32GB dan juga 64GB padanya, manakala untuk bateri, ia didatangkan bersama-sama bateri berkapasiti 8,200 mAh untuk penggunaan masa yang lama.

Harga jualan ATIV Tab masih tidak diketahui lagi, dan semestinya jualannya akan dimulakan selepas pelancaran Windows 8 pada 26 Oktober kelak.


TIPS & ULASAN