Samsung Memperkenalkan ATIV Smart PC – Hibrid Antara Tablet Dan Komputer Riba

Samsung Memperkenalkan ATIV Smart PC – Hibrid Antara Tablet Dan Komputer Riba

Diterbitkan pada Ogos 30, 2012 oleh .

Jikalau bagi anda yang tidak meminati ATIV Tab yang mana hanya merupakan sebuah tablet sahaja, dan inginkan sesuatu yang lebih daripadanya, Samsung turut sama memperkenalkan peranti yang dinamaka ATIV Smart PC dan ATIV Smart PC Pro pada IFA 2012 hari ini.

Ia mengabungkan komputer riba dan juga tablet, dimana seperti beberapa peranti baru akhir-akhir ini, para pengguna boleh menanggalkan papan kekunci dan menggunakannya secara berasingan seperti sebuah tablet. ATIV Smart PC dan juga ATIV Smart PC Pro ini masing-masing didatangkan dengan pilihan sokongan WiFi, 3G dan juga 4G terbina.

Dari segi spesifikasi, ATIV Smart PC membawakan skrin seluas 11.6-inci dengan paparan resolusi 1920×1080 pixel, ruangan storan sebanyak 128GB SSD, menggunakan cip pemprosesan Intel Atom, memori sebanyak 2GB RAM, masa bertahan bateri sehingga 14 jam, slot USB, port mikro-HDMI dan juga slot mikro-SD padanya.

ATIV Smart PC Pro pula, seperti pada namanya, membawakan spesifikasi yang lebih tinggi, dimana dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core i5, memori sebanyak 4GB RAM dan ruangan storan sebanyak 256GB SSD.

Kedua-duanya juga turut dilengkapi dengan S-Pen, serta didatangkan bersama-sama aplikasi Samsung Note padanya.


Memandangkan ia dijana menggunakan Windows 8, maka kita hanya mungkin akan ketahui harga jualan, dan bilakah ia akan dijual di pasaran selepas tarikh 26 Oktober kelak.


TIPS & ULASAN