Cari @ Amanz

Bersama-sama pengumuman Galaxy Note 2, Samsung turut sama mengumumkan yang mana dua peranti terbaru mereka yang dilancarkan baru-baru ini iaitu Samsung Galaxy Note 10.1 dan juga Samsung Galaxy S3, akan menerima kemaskini Android 4.1 Jelly Bean dalam masa terdekat.

Jelly Bean merupakan kemaskini terbaru daripada Google yang diperkenalkan pada bulan lepas, membawakan beberapa fungsi baru, disamping mengatasi masalah lengah masa yang sering dihadapi pada Android. Ia turut menyertakan sokongan Google Now dan notifikasi yang menawarkan lebih banyak maklumat berbanding sebelumnya.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan kepada semua. Namun, memandangkan Galaxy Note 2 dan juga Galaxy Camera didatangkan bersama-sama Android 4.1 Jelly Bean, maka mungkin ia akan diperkenalkan tidak lama lagi kepada semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd