GIMP Diperkenalkan Untuk Pengguna Mac OS X Dalam Bentuk Natif

GIMP Diperkenalkan Untuk Pengguna Mac OS X Dalam Bentuk Natif

Diterbitkan pada Ogos 30, 2012 oleh .

Bagi mereka yang inginkan aplikasi grafik alternatif untuk Adobe Photoshop, semestinya ramai yang mencadangkan GIMP. Kini, setelah sekian lama GIMP diperkenalkan untuk Windows dan juga Linux, ia turut sama ditawarkan dalam bentuk natif kepada para pengguna Mac OS X.

Sebelum ini, bagi para pengguna Mac OS X yang ingin menggunakan GIMP, mereka diperlukan memasang X11 terlebih dahulu supaya dapat menjalankan GIMP. Kini, dengan pengenalan GIMP untuk Mac OS X dalam bentuk natif, ia tidak lagi diperlukan untuk menjalankannya.

Kini, bermula daripada GIMP 2.8.2, para pengguna OS X hanya perlu menjalankan fail DMG yang dimuat-turun, seperti mana mereka memasang aplikasi yang lain. Bagi para pengguna OS X yang sedang mencari-cari aplikasi grafik untuk komputer mereka, mungkin boleh mencubanya hari ini tanpa mengeluarkan sebarang kos untuknya.


TIPS & ULASAN