Huawei Ascend P1 Berharga RM1299 Di Malaysia – Mula Dijual Minggu Hadapan

Huawei Ascend P1 Berharga RM1299 Di Malaysia – Mula Dijual Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 30, 2012 oleh .

Huawei Malaysia pada awal minggu ini telah mula menghantar jemputan untuk pelancaran peranti terbaru mereka, Ascend P1 di Malaysia. Dan hari ini, mereka turut sama mengumumkan harga peranti yang bakal dijual bermula minggu hadapan, iaitu pada harga RM1299.

Menariknya, bagi anda yang benar-benar ingin mendapatkan peranti ini, boleh mendapatkannya pada harga serendah RM999 ketika pelancarannya pada 6 September 2012 kelak. Huawei Malaysia mengadakan sebuah acara pelancaran terbuka, membolehkan sesiapa yang berminat, hadir dan membeli peranti tersebut.

Untuk makluman, Huawei Ascend P1 merupakan salah satu peranti terkini daripada pihak Huawei, membawakan cip pemprosesan 1.5GHz, skrin Super AMOLED 4.3-inci, kamera 8-megapixel, serta didatangkan dengan bateri berkapasiti 1670mAh padanya. Ia kelak akan ditawarkan dalam warna Hitam Metalik, dan Putih Seramik.


TIPS & ULASAN