HP Memperkenalkan Peranti Hibrid Windows 8 Mereka – HP Envy x2

HP Memperkenalkan Peranti Hibrid Windows 8 Mereka – HP Envy x2

Diterbitkan pada Ogos 30, 2012 oleh .

Nampaknya, dengan Windows 8, kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak produk yang membawakan integrasi hibrid antara tablet dan juga komputer riba. Setelah Samsung mengumumkan produk ATIV mereka pada awal pagi tadi, kini HP pula secara rasminya mengumumkan HP Envy x2.

HP Envy x2 dikatakan lebih kepada hibrid antara netbook dan juga tablet, memandangkan ia didatangkan dengan cip pemprosesan Intel Atom, yang mana menggunakan tenaga rendah, sekaligus menyumbang kepada masa bertahan bateri yang lebih lama. Namun, dari segi skrin, ia didatangkan bersama-sama skrin 11.6-inci IPS, kamera 8-megapixel dibelakang dan kamera HD dihadapan, sokongan NFC, dan dilengkapi teknologi Beats Audio padanya.

Ia bakal dilancarkan bersama-sama dengan Windows 8 pada penghujung bulan Oktober ini. Dan dengan Samsung, Sony dan HP yang kini telah mengumumkannya, mungkin lebih ramai akan mula memperkenalkan hibrid komputer riba dan tablet mereka dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN