Carian
Pesanan McDonald’s Melalui Web Diperluaskan Untuk Penduduk Seluruh Malaysia
August 30, 2012 Aman

Setelah menguji disekitar Lembah Klang untuk tempoh kurang sebulan, kini McDonalds Malaysia memperluaskan sokongan tempahan makanan mereka melalui web kepada seluruh negara, membolehkan para penduduk di seluruh Malaysia membuat tempahan menggunakan platform web dengan mudah.

Untuk memulakan membuat tempahan, para pengguna hanya perlu melayari laman McDelivery, mendaftarkan akaun, memilih kawasan, dan penghantaran akan dibuat oleh McDonald’s berhampiran dengan kawasan anda.

Fungsi terbaru ini diperkenalkan oleh McDonalds sebagai tambahan kepada sokongan tempahan melalui telefon yang disediakan oleh mereka sejak daripada dulu.

Bagi anda yang telah mencuba tempahan melalui web McDelivery ini, jangan lupa berkongsi pengalaman dan maklumbalas anda berkaitan dengannya bersama kami.

Komen