Celcom Bakal Menjadi Antara Terawal Menawarkan Galaxy Note 10.1

Celcom Bakal Menjadi Antara Terawal Menawarkan Galaxy Note 10.1

Diterbitkan pada Ogos 30, 2012 oleh .

Samsung Galaxy Note 10.1, seperti semua sedia maklum akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada minggu hadapan, dan kini kami mendengar yang mana Celcom akan menjadi yang terawal menawarkannya, dengan pakej daripada mereka mungkin diumumkan seawal Isnin hadapan – 3 September.

Buat masa ini, Celcom telah pun menyediakan sebuah halaman rasmi untuk Galaxy Note 10.1 dengan mesej mengatakan ia akan ditawarkan dalam masa terdekat ini, tanpa memberi sebarang tarikh dan sebagainya.

Samsung Galaxy Note 10.1 merupakan tablet terbaru daripada Samsung, yang mana didatangkan dengan sokongan S-Pen, membolehkan para pengguna melukis, melakar, dan menulis dengan mudah menggunakannya. Ia turut sama dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, 2GB RAM, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.9-megapixel, serta menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya. Kemaskini Jelly Bean untuknya turut sama dijangka akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN