Seperti tahun lepas, Google Malaysia turut sama menyediakan sebuah doodle khas bersempena hari kemerdekaan hari ini, yang mana mengambil tema bunga rasmi negara – bunga raya.
Ini bukanlah kali pertama Google memperkenalkan doodle khas untuk pengguna tempatan, dimana sebelum ini mereka telah melakukannya sebanyak dua kali untuk hari Merdeka. Dan dengan Google yang kini lebih memfokuskan kepada pasaran tempatan untuk setiap negara, mungkin kita akan dapat melihatnya lebih kerap lagi.
Jadi, apa kata anda berkenaan rekabentuk logo doodle bersempena Hari Merdeka ini?