Carian
Samsung Mengatakan Ingin Menyaman Apple Sebaik iPhone LTE Diperkenalkan
August 31, 2012 Aman

Nampaknya perang antara Samsung dan juga Apple akan terus berlarutan, dimana terkini Korea Times memetik Samsung, mengatakan Samsung akan menyaman Apple sekiranya mereka mengeluarkan sebarang iPhone dengan sokongan LTE padanya.

Dunia telekomunikasi akhir-akhir ini sedang berkembang pesat, dengan ramai penyedia mula beralih kepada sokongan LTE, membuatkan kebanyakkan peranti baru didatangkan dalam variasi sokongan LTE selain daripada 3G sedia ada.

Samsung sendiri memiliki beberapa paten berkaitan dengan LTE, dimana mengikut laporan, Samsung mempunyai sebanyak lebih kurang 12.2% paten berkaitan teknologi LTE semasa, selain Nokia sebanyak 18.9%, Qualcomm sebanyak 12.5% dan Ericsson sebanyak 11.6%.

Pada masa yang sama, ia turut diperkatakan, Samsung turut sama akan mengurangkan kebergantungan terhadap platform Android, dimana mereka turut sama bekerjasama dengan Microsoft dalam mengeluarkan beberapa peranti baru berasaskan Windows 8 dan Windows Phone.

Komen